Dari Pulau Honshu: JIKA di Malaysia penggunaan alat penentu global (GPS) masih baru tetapi di negara ini, alat itu bagaikan satu keperluan dan wajib ada dalam kenderaan masing-masing.
Sekalipun, kedudukan kawasan agak jauh penggunaan alat itu cukup membantu dan memudahkan tugas.
Selain itu, apa menghairankan, tiada satu pun gambar sama ada dalam televisyen dan akhbar di negara ini menunjukkan gambar penemuan mayat mangsa bencana.
Walaupun dilaporkan sudah banyak mayat ditemui tetapi setakat ini melalui media tempatan, gambar penemuan itu tidak disiarkan.
Bagaimanapun, penulis kurang arif dengan laporan agensi luar negara kerana di sini, semua akhbar sama ada berbahasa Inggeris atau Jepun lebih banyak memaparkan komentar mengenai bencana itu manakala laporan televisyen, semua dalam bahasa Jepun jika ada bahasa Inggeris pun ia hanyalah alih bahasa.
Walaupun sukar berkomunikasi masyarakatnya cukup hormat dan suka membantu terutama polis, petugas tol dan stesen minyak di lebuh raya.
Mereka akan cuba memberikan yang terbaik sekalipun mereka tahu penulis adalah orang asing. - Yusri Abdul Malek, Harian Metro
Alat itu juga banyak memudahkan penulis dan pemandu mengesan kawasan atau daerah paling terjejas akibat gempa bumi dan tsunami membuat liputan walaupun ia begitu jauh dari Tokyo.
Sekalipun, kedudukan kawasan agak jauh penggunaan alat itu cukup membantu dan memudahkan tugas.
Hanya perlu memasukkan nama tempat dan alat itu akan menunjukkan arah, jarak dan masa yang diambil untuk tiba. Begitu mudah sekali walaupun kadang kala terpaksa berpusing berkali-kali di kawasan sama berikutan jalan tertera ditutup atau tidak boleh dilalui.
Selain itu, apa menghairankan, tiada satu pun gambar sama ada dalam televisyen dan akhbar di negara ini menunjukkan gambar penemuan mayat mangsa bencana.
Walaupun dilaporkan sudah banyak mayat ditemui tetapi setakat ini melalui media tempatan, gambar penemuan itu tidak disiarkan.
Ini ada kemungkinan, memaparkan gambar berkenaan dianggap kurang sesuai dan apabila diajukan soalan kepada pemandu dikenali sebagai Mr K, beliau menyatakan ia adalah biasa bagi masyarakat Jepun untuk tidak merakamkan gambar mayat.
Bagaimanapun, penulis kurang arif dengan laporan agensi luar negara kerana di sini, semua akhbar sama ada berbahasa Inggeris atau Jepun lebih banyak memaparkan komentar mengenai bencana itu manakala laporan televisyen, semua dalam bahasa Jepun jika ada bahasa Inggeris pun ia hanyalah alih bahasa.
Agak sukar mendapatkan maklumat kerana kekangan bahasa dan jika ada mangsa ditemui sekalipun melarang gambar dirakam kecuali dengan kehadiran jurubahasa di kalangan rakyat mereka.
Walaupun sukar berkomunikasi masyarakatnya cukup hormat dan suka membantu terutama polis, petugas tol dan stesen minyak di lebuh raya.
Mereka akan cuba memberikan yang terbaik sekalipun mereka tahu penulis adalah orang asing. - Yusri Abdul Malek, Harian Metro
No comments:
Post a Comment