Kecurian kereta berlaku setiap hari di Malaysia. Sejumlah 8,544 buah kereta telah dilaporkan hilang tahun lalu atau dua puluh tiga buah kereta dilaporkan hilang setiap hari!
Kebanyakan kes kecurian kereta yang dilaporkan berpunca dari kecuaian pemilik kereta sendiri seperti meninggalkan kunci dan enjin kereta hidup ketika keluar sebentar ke kedai atau semasa membayar petrol di kaunter stesen petrol. Pencuri kereta sentiasa menanti peluang-peluang seperti ini untuk melarikan kereta tersebut.
Sistem sekuriti kereta yang tidak sempurna juga menyebabkan bertambahnya kes-kes kecurian kereta. Kereta yang tidak mempunyai system sekuriti sememangnya berisiko tinggi untuk dicuri. Namun, kereta-kereta mewah yang mempunyai system sekuriti yang canggih juga sering menjadi mangsa pencuri kereta.
Persoalannya bagaimanakah anda dapat melindungi kereta daripada pencuri kereta yang semakin bijak menjalankan operasi mereka. Memasang sistem sekuriti kereta yang paling terkini dan canggih tidak lagi mencukupi, anda juga perlu sentiasa berhati-hati untuk mengurangkan risiko.
Pencuri kereta sering mencari peluang ketika:

Lindungi kereta anda daripada menjadi sasaran pencuri kereta. Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci, cermin dikunci dan tanggalkan kunci dari suis pencucuh walaupun untuk beberapa ketika.
Anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah berikut:

Walaupun anda memandu sebuah kereta yang buruk dan tidak menarik, jangan sekali-kali menyangka yang ianya akan terselamat daripada menjadi sasaran pencuri kereta. Tidak kira samada model terbaru Mercedez Benz atau Perodua Kancil terpakai atau model lama Ford Escort, setiap kereta mempunyai risiko untuk dicuri.
Oleh itu, ambillah langkah-langkah keselamatan untuk melindungi kereta anda daripada dicuri. Walaupun anda tidak boleh lari dari risiko kecurian kereta, anda sekurang-kurangnya menyukarkan operasi pencuri kereta.

Kunci kereta ditinggalkan di suis pencucuh | |
Cermin kereta terbuka | |
Pintu kereta tidak dikunci |

Lindungi kereta anda daripada menjadi sasaran pencuri kereta. Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci, cermin dikunci dan tanggalkan kunci dari suis pencucuh walaupun untuk beberapa ketika.
Anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah berikut:
Sentiasa prihatin dengan persekitaran di mana saja anda berada samada di luar rumah, tempat letak kereta dan tempat-tempat awam yang lain. | |
Jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta. | |
Letak kereta di kawasan yang terang dan terbuka. | |
Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat letak kereta yang mengenakan hanya bayaran masuk kerana ianya berisiko tinggi untuk dicuri. Pencuri kereta tidak perlu membayar tiket letak kereta ketika membawa kereta keluar. | |
Jangan tinggalkan tiket letak kereta di dalam kereta. | |
Elakkan daripada menggunakan perkhidmatan jokey kereta untuk mengelakkan kunci kereta anda di cetak semula. Begitu juga ketika menghantar ke perkhidmatan membasuh kereta. | |
Gunakan sistem anti-kecurian kereta yang mudah dilihat seperti kekunci roda pemacu atau kekunci gear kerana ianya mengambil masa yang lama untuk dipotong. | |
Pasang sistem sekuriti penggerak. Walaupun ianya sering tidak diendahkan namun ia mampu menarik perhatian awam. | |
Memasang alat perlumpuhan kerana ia dapat menghalang pencuri daripada mencuri enjin kereta. | |
Letakkan nombor pendaftaran kereta di cermin tepi, depan dan belakang. Pencuri yang ingin mencuri dan menjual kereta perlu mengantikan dengan cermin baru. |

Walaupun anda memandu sebuah kereta yang buruk dan tidak menarik, jangan sekali-kali menyangka yang ianya akan terselamat daripada menjadi sasaran pencuri kereta. Tidak kira samada model terbaru Mercedez Benz atau Perodua Kancil terpakai atau model lama Ford Escort, setiap kereta mempunyai risiko untuk dicuri.
Oleh itu, ambillah langkah-langkah keselamatan untuk melindungi kereta anda daripada dicuri. Walaupun anda tidak boleh lari dari risiko kecurian kereta, anda sekurang-kurangnya menyukarkan operasi pencuri kereta.
No comments:
Post a Comment