Wednesday, February 27, 2013

Menjelang Pilihanraya PRU-13: Siapa pilihan anda


Ramai yang tak sabar untuk menjalankan tanggungjawab 5 kali setahun ni. Semua media masing-masing serang antara satu dengan lain, di media perdana akan menceritakan keburukan Pembangkang dan di media alternatif akan masing-masing menceritakan keburukan pihak Pemerintah. 

Teka-teki tarikh pilihan raya raya belum ada kesudahan. Spekulasi berterusan. Begitu juga bayangan demi bayangan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak – satu-satunya pemimpin yang ada kuasa dan yang tahu secara mutlak bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu dan akan dipanggil.

Kita sebagai pengundi pun pening kepala, kekadang terasa tidak mahu tengok TV, baca blog, News dan buka fb. 

Tapi adakah kita nak satu kebenaran atau tertipu dengan satu sumber sahaja, itulah persoalanya. Kata orang-orang bijak pandai jika ingin kebenaran, kaji kedua-dua belah pihak atau banyak sumber, maknanya kena tengok blog Pemerintah dan Blog Pembangkang lepas tu kita buat semakan disumber-sumber yang boleh dipercayai contohnya Sinar Harian, buat masa ni tidak menyebelahi mana-mana parti.

Secara personal, saya akan memilih kepada individu yang benar-benar kita kenali boleh menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan mentadbir dengan keikhlasan belandaskan syariat Islam. Saya tidak bergantung kepada mana-mana parti, ini kerana tidak semua dalam parti berkenaan boleh mentadbir Islam dengan baik. Jika kita pilih Islam, semua bangsa akan aman dan sejahtera. Tapi jika kita pilih kepada kepartian bangsa, Islam tidak semestinya dapat ditegakkan, Kerana bangsa akan wujudnya perebutan kuasa dan timbulnya isi hati antara kaum.

Oleh yang demikian, pemilihan anda amat penting pada PRU-13 ni, anda lah penentu kesejahteraan Negara tercinta ini. buatlah pilihan yang betul tidak kira apa bangsa kita, agama kita pilihlah pemimpin yang baik.

PRU13 -  'ibu' segala pilihan raya umum kemungkinan akan diadakan Mac-April?  jadi pilihlah pemimpin berdasarkan berikut:
  1. Jujur
    • Pemimpin Islam haruslah jujur kepada dirinya sendiri dan pengikutnya. Seorang pemimpin akan cuba menjadi yang terbaik dan contoh kepada pengikutnya. Perkataan dan Perbuatannya setiasa selari.
  2. Kompotensi
    • Kompotensi dalam bidangnya mutlak dimiliki oleh seorang pemimpin islam. pengikut benar-benar menyakini pemimpin berkenaan benar-benar tahu apa yang sedang dibuat. maknanya, Pemimpin perlu tahu buat kerja.
  3. Inspirasi
    • Seorang pengikut akan merasa 'Selamat' jika pemimpinya membawanya pada rasa selesa dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk apa pun situasi yang dihadapi.
  4. Sabar.
    • Pemimpin Islam haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.
  5. Rendah diri.
    • Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihanya (riya) serta tidak merendahkan orang lain.
  6. Musyawarah
    • Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri.
    • Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di, RA mengatakan
    • "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya, Maka bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu" (QS.Ali Imran: 159)
  7. Mampu berkomunikasi dengan rakyatnya
    • Kapasiti ilmiah serta rasa sensitiviti yang baik akan mereka yang dipimpinnya, pada akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik kepada rakyatnya. Komunikasi yang baik kepada rakyatnya bukanlah sekadar kemampuan menimbulkan retorik yang baik, tetapi juga kemampuan memilih perkara yang akan dilemparkan kepada awam serta perkiraan yang tepat semasa melemparkanya. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting, seorang pemimpin mampu mengambil sebuah dasar yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh rakyat yang dipimpin.

Akhir sekali, bagi pemimpin dan calon pemimpin masa hadapan, amanah yang dipikul bukanlah suatu kemegahan dan kebanggaan. Maka jadikanlah janji Allah memasukkan pemimpin yang adil dalam SyurgaNya sebagai sumber tenaga hidup anda.

Ban bagi kita yang akan memberi pilihan dan selanjutnya akan dipimpin, marilah kita sedari bahawa peluang kita hanya sekali untuk melakukan pilihan dengan tepat. Setelah itu, kemampuan kita dalam menentukan arah kepimpinan tidak sekuat semasa kita memilih. Setidaknya, kita telah berusaha melakukannya. dan yang pasti, pilihan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH kelak. Pilihlah pemimpin yang akan menegakkan syiar ISLAM.

No comments:

Post a Comment